fb fb fb fb fb

Seorang terkorban, 33 cedera dalam serangan peluru berpandu

ZAPORIZHZHIA, 23 Mac- Sekurang-kurangnya seorang terkorban manakala 33 yang lain cedera dalam serangan peluru berpandu berkembar di bandar selatan Zaporizhzhia pada Rabu.

Rakaman kamera badan yang dikeluarkan oleh polis Ukraine menunjukkan pegawai kecemasan mengeluarkan mayat dari runtuhan dan memberikan pertolongan cemas kepada mereka yang cedera.

(Petugas kecemasan memberi rawatan kepada salah seorang
mangsa cedera / Foto REUTERS)

 Insiden itu mendapat perhatian Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy yang mengutuk serangan tersebut.

"Menyerang bandar dengan keganasan umpama binatang," katanya menerusi aplikasi Telegram.-REUTERS

 

Media Baharu