fb fb fb fb fb

Sekolah ditutup, hampir setengah juta pelajar terjejas akibat mogok pendidikan

CALIFORNIA, 23 Mac- Mogok oleh pekerja pendidikan di Los Angeles menyebabkan sekolah-sekolah terpaksa ditutup pada hari kedua, menjejaskan hampir setengah juta pelajar.

Mogok oleh kira-kira 30,000 pekerja pendidikan yang disokong oleh kesatuan guru itu, bermula pada Selasa (21 Mac) dan dijadual berakhir hari ini.

Kesatuan Antarabangsa Pekerja Perkhidmatan Tempatan 99 berusaha untuk meningkatkan paras gaji tahunan sebanyak $25,000 setahun untuk kebanyakan ahlinya.

Ia termasuk pemandu bas sekolah, penjaga, pekerja kafeteria dan pembantu bilik darjah.

(Sebuah papan tanda digital memaparkan makluman tiada sesi
persekolahan susulan mogok / Foto REUTERS)

Sementara itu terdapat guru mengambil tindakan berhenti kerja susulan tekanan kerja yang tinggi dan gaji rendah.

Ia menyebabkan berlaku kekurangan tenaga pendidik di kebanyakan kawasan seluruh negara.-REUTERS

Media Baharu