fb fb fb fb fb

PM Australia sebak umum referendum orang asli

CANBERRA, 23 Mac- Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese mendedahkan kerajaan akan membuat pungutan suara bagi mengiktiraf penduduk orang asli dan Pulau Selat Torres mengikut perlembagaan.

Rakyat negara itu akan diminta mengundi antara Oktober dan Disember untuk meminda perlembagaan bagi mewujudkan jawatankuasa perundingan di parlimen yang dikenali Suara Orang Asli dan 'Torres Strait Islander'.

"Saat ini telah dinanti sejak sekian lama.

Mereka telah menunjukkan kesabaran dan optimis sepanjang proses ini," katanya dalam nada sebak.

(Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese kelihatan sebak ketika mengumumkan
berkaitan pelaksanaan referendum orang asli / Foto REUTERS)

Jelas beliau, rang undang-undang pengubahsuaian perlembagaan, yang akan diperkenal minggu depan, bertujuan untuk memberi lebih pengiktirafan kepada orang asli Australia.

Ini kerana, golongan tersebut telah mendiami negara itu selama 60,000 tahun tetapi tidak disebut dalam perlembagaan berusia 122 tahun.-REUTERS

Media Baharu