fb fb fb fb fb

Ratusan rakyat Chile berarak tuntut akses air buat semua

SANTIAGO, 23 Mac- Ratusan rakyat Chile berarak sempena Hari Air Sedunia bagi menuntut akses kepada air yang adil untuk semua pihak.

Tindakan itu dilaksana bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan melindungi sumber semula jadi berkenaan.

Mereka memegang sepanduk bertulis 'Ia bukan kemarau, ia adalah rompakan' sambil menari dan bermain gendang.

(Seorang peserta perarakan memegang sepanduk bertulis 'hutan dan sungai
perlu bebas daripada dasar komersial' / Foto REUTERS)

Jurucakap Pergerakan Air dan Tanah, Lucia Sepulveda menyatakan bahawa, kekurangan bekalan air telah menyukarkan urusan harian mereka.

Sepulveda mendakwa, sumber air negara itu telah disalah guna oleh syarikat pembalakan dan ladang tanaman secara berleluasa tatkala negara itu berhadapan cuaca kemarau berpanjangan.

Menurut pakar, cuaca gersang yang dihadapi sejak lebih sedekad merupakan yang terpanjang dalam tempoh seribu tahun.-REUTERS

Media Baharu