fb fb fb fb fb

Kapal perang AS sedia pertahan Korea Selatan, Indo-Pasifik daripada serangan

BUSAN, 23 Mac- Penggunaan kapal perang amfibia Amerika Syarikat (AS), USS Makin Island merupakan antara strategi yang digunakan untuk mempertahan Korea Selatan dan wilayah Indo-Pasifik daripada serangan.

Pegawai Pemerintah, Tony Chavez berkata, usaha itu sebagai persediaan di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak selepas pelancaran peluru berpandu Korea Utara.

Kapal perang itu tiba di pangkalan tentera laut di bandar pelabuhan tenggara Busan pada Rabu untuk menyertai latihan amfibia berskala besar.

(Tony Chavez, Pegawai Pemerintah USS Makin Island / Foto REUTERS)

Latihan yang diadakan berhampiran Pohang di pantai timur Korea Selatan itu berlangsung selama dua minggu bermula 20 Mac hingga 3 April.

Kira-kira 12,000 anggota tentera laut dan marin dari kedua-dua negara dijangka mengambil bahagian dalam latihan tersebut.

Latihan berkenaan menampilkan kira-kira 30 kapal perang, 70 pesawat dan 50 kenderaan penyerang amfibia.

Sementara itu, Ketua Turus Bersama Korea Selatan memaklumkan, Pyongyang melepaskan beberapa peluru berpandu di luar pantai timurnya beberapa jam sebelum kapal berkenaan berlabuh.

Tindakan itu didakwa sebagai tanda protes terhadap latihan yang sedang dijalankan oleh AS dan Korea Selatan.-REUTERS

Media Baharu