fb fb fb fb fb

Taiwan laksana latihan ketenteraan susulan ketegangan dengan China

NEW TAIPEI, 23 Mac- Angkatan bersenjata Taiwan mengadakan latihan antipendaratan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan di utara pulau itu.

Latihan berkenaan diadakan di tengah-tengah ketegangan tentera dan ancaman daripada China.

Kenderaan amfibia dilepaskan ke laut dan mendarat di pantai untuk bertempur dalam latihan tersebut.

Manakala tentera yang berpura-pura menjadi pasukan musuh cuba mara ke kawasan perumahan luar bandar sebelum bertemu dengan kereta kebal dan kenderaan berperisai.

Sementara itu Kolonel Hsu Chih-chang memaklumkan, latihan mengisi minyak turut diadakan termasuk melibatkan empat helikopter apache yang menekankan aspek kelajuan dan keselamatan.

"Semasa melakukan pengisian semula minyak tadi, kita bukan sahaja perlu mengambil kira keadaan sekeliling, tetapi juga keadaan musuh," katanya.

(Latihan mengisi minyak helikopter apache turut dilakukan / Foto REUTERS)

Ketegangan tentera antara Beijing dan Taipei berada pada tahap tertinggi dalam beberapa dekad ketika China memaksa Taiwan menerima pemerintahan negara tembok besar itu.

Kerajaan Taiwan yang dipilih secara demokrasi menolak sekeras-kerasnya tuntutan kedaulatan China, dengan mengatakan hanya penduduk pulau itu boleh menentukan masa depan mereka.-REUTERS

Media Baharu