fb fb fb fb fb

Seorang pendatang maut akibat luka tembakan di utara Perancis

Foto Hiasan / Fail

LILLE, 4 Februari - Seorang pendatang yang ditemui ditembak di utara Perancis meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya pada Sabtu, kata pendakwa raya pada Ahad, manakala seorang lagi,cedera.

Lelaki yang maut itu "ditemui, masih hidup, di tepi jalan A16 berhampiran bandar Grande-Synthe," kata Charlotte Hutet, pendakwa raya di Dunkirk.

"Lelaki ini tinggal di sebuah kem pendatang berhampiran tempat dia ditemui" di Loon-Plage, tambahnya, sambil berkata identitinya masih belum disahkan.

Dia ditembak di bahagian dada, kata sumber polis.

Seorang lagi yang cedera, warga Iraq berusia 33 tahun juga dipercayai tinggal di kem itu, cedera di tangan, kata sumber tersebut.

Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian tembakan itu.

Sehingga kini, seramai 600 orang pendatang tinggal di kem di sekitar Dunkirk, menurut Claire Millot dari kumpulan bantuan Salam.

Kawasan itu telah lama menjadi kawasan untuk menyeberang bagi kebanyakan mereka yang cuba menyeberang ke Britain secara tidak sah.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN