fb fb fb fb fb

Biden gesa perjanjian laluan keselamatan sempadan, bantuan Ukraine disegerakan

FOTO AFP

WASHINGTON, 5 Februari- Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengakui beliau amat menyokong perjanjian dwipartisan yang diumumkan pada Ahad di mana negara itu akan memperuntukan berbilion dolar dalam bantuan baharu kepada Ukraine dan Israel.

Perjanjian tersebut katanya turut bakal memperkukuh keselamatan sempadan AS dan mengetatkan undang-undang suaka.

"Kami telah mencapai persetujuan mengenai perjanjian keselamatan negara dwipartisan yang merangkumi set reformasi sempadan yang paling sukar dan paling adil dalam beberapa dekad.

"Saya sangat menyokongnya," kata Biden dalam satu kenyataan.

Presiden berusia 81 tahun itu terdahulu menggesa Kongres untuk meluluskan perjanjian berkenaan sambil berkata, "bawa terus ke meja saya supaya saya boleh menandatanganinya dan menjadi undang-undang dengan segera."-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE