fb fb fb fb fb

Seorang maut, lima cedera tembakan sekolah di Iowa

Seorang pegawai polis berkawal di luar Sekolah Menengah Perry di Iowa selepas kejadian tembakan/ AFP

PERRY, 5 Januari- Seorang remaja bersenjatakan pistol dan senapang patah melepaskan tembakan di sebuah sekolah menengah di negeri Iowa di barat tengah AS pada Khamis, kata pihak berkuasa.

Kejadian kira-kira pukul 7:30 pagi itu mengakibatkan seorang pelajar maut dan lima lagi cedera.

Pasukan kecemasan dan unit bersenjata bergegas ke Sekolah Tinggi Perry, di mana kelas belum bermula untuk hari itu.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Iowa, Mitch Mortvedt memaklumkan mangsa yang meninggal dunia merupakan murid darjah enam yang berumur 11 atau 12 tahun, dan berkemungkinan berada di sekolah menengah untuk program sarapan pagi.

Sementara antara yang cedera ditembak berusia 17 tahun itu ialah empat pelajar lain dan seorang pentadbir sekolah.

Pihak berkuasa yang bertindak balas juga menemui alat letupan buatan sendiri di sekolah.

"Pegawai segera cuba mencari punca ancaman dan dengan cepat menemui suspek dengan luka tembakan yang dilakukan sendiri," kata Mortvedt kepada pemberita, tanpa mengesahkan laporan media bahawa penembak itu telah mati.

Pelajar sekolah menengah, Ava Augustus memberitahu stesen TV tempatan bahawa dia bersembunyi di dalam bilik darjah semasa kejadian.

Dia berlari keluar selepas pihak berkuasa memberitahunya bahawa keadaan telah selamat dan dia melihat "kaca di mana-mana, darah di lantai."

"Saya ke kereta saya dan terlihat mereka membawa seorang gadis keluar dari auditorium yang telah ditembak di kakinya," katanya kepada sekutu NBC tempatan.

Kecederaan yang dialami oleh lima mangsa yang cedera tidak mengancam nyawa, kata Mortvedt.

CNN melaporkan bahawa Khamis dijadualkan menjadi hari pertama kelas untuk semester baharu, mengikut kalendar daerah sekolah. Pihak sekolah mengumumkan bahawa kelas pada hari Jumaat akan dibatalkan dan kaunseling akan disediakan untuk pelajar.

Perry terletak kira-kira 35 batu (55 kilometer) dari ibu negeri, Des Moines.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI