fb fb fb fb fb

Seorang maut, dua hilang selepas hujan lebat di Jepun

TOKYO, 3 Jun- Hujan lebat di bahagian Jepun telah mengakibatkan seorang terbunuh dan menyebabkan dua hilang, kata pihak berkuasa pada Sabtu.

Beribu-ribu amaran pemindahan dikeluarkan dan memutuskan belakan elektrik.

Banjir itu berpunca daripada kesan Taufan Mawar manakala amaran pemindahan peringkat tertinggi negara itu dikeluarkan pada Jumaat, dan "menjumpai seorang lelaki berusia kira-kira 60-an di dalam sebuah kereta yang tenggelam tetapi namun dia disahkan meninggal dunia," kata seorang pegawai bandar kepada AFP.

Menurut pegawai yang ditemui AFP, mereka masih meneruskan pencarian seorang lelaki dan seorang wanita yang hilang di barat Wakayama.

Di tengah dan barat Jepun, banyak perintah pemindahan dikeluarkan termasuk amaran baharu yang dikeluarkan di kawasan berhampiran Tokyo awal pagi tadi berhubung risiko banjir.

Kira-kira 4,000 isi rumah di wilayah berhampiran Tokyo mengalami gangguan bekalan elektrik, kata Tokyo Electric Power Company.

Operasi kereta api laju Shinkansen masih digantung antara Tokyo dan Nagoya, menurut Japan Railway, namun penyiar awam NHK berkata ia akan disambung semula sekitar tengah hari.

Jurucakap tertinggi kerajaan Hirokazu Matsuno memberi amaran "hujan lebat dengan ribut petir" dalam tempoh tiga hari akan datang.

Para saintis berkata perubahan iklim meningkatkan risiko hujan lebat di Jepun dan tempat lain.

Awal minggu ini, puluhan ribu penduduk meninggalkan kediaman di Guam akibat taufan Mawar yang melanda selain mengakibatkan banyak pokok tumbang dan bekalan elektrik terpaksa dipotong.- AFP

(Lelaki menolak basikal ke jalan yang ditutup akibat banjir di Koshigaya, Saitama/AFP)

Media Baharu