fb fb fb fb fb

Erdogan akan angkat sumpah bagi penggal ketiga sebagai presiden Turki

ANKARA, 3 Jun- Presiden Recep Tayyip Erdogan dijangka mengangkat sumpah sebagai ketua negara pada Sabtu selepas memenangi pilihan raya yang bersejarah untuk melanjutkan pemerintahannya selama lima tahun lagi.

Perasmian di parlimen akan disusuli dengan upacara di istananya di ibu negara Ankara yang akan dihadiri berpuluh-puluh pemimpin dunia.

Pemimpin Turki itu memenangi pilihan raya pada 28 Mei menentang parti pembangkang yang kuat biarpun berdepan dengan krisis ekonomi serta kritikan teruk berikutan gempa bumi dahsyat yang melanda pada Februari telah mengorbankan lebih 50,000 orang.

Keputusan rasmi menunjukkan Erdogan memenangi 52.18% undi manakala pesaingnya Kemal Kilicdaroglu 47.82%.

Pemimpin paling lama berkhidmat di Turki itu menghadapi cabaran besar dalam penggal ketiganya didorong oleh ekonomi yang lemah serta ketegangan dasar luar dengan Barat.

"Dari sudut pandangan geopolitik, pilihan raya akan mengukuhkan usaha Turki untuk mencapai dasar luar bebas baru-baru ini," kata Matt Gertken, ketua strategi geopolitik di BCA Research.

“Dasar ini bertujuan untuk mendapatkan faedah ekonomi dan strategik yang maksimum daripada negara timur. Namun hubungan dengan negara demokrasi barat masih terhalang," katanya.

"Ketegangan dengan Barat mungkin akan meningkat. Sekarang Erdogan mempunyai mandat baharu."- AFP

(Recep Tayyip Erdogan/AFP)

Media Baharu