fb fb fb fb fb

Angka kematian perlanggaran kereta api di India bertambah

BALASORE, 3 Jun- Gerabak bertindih antara satu sama lain dalam nahas kereta api yang berlaku di India manakala mayat dikumpulkan dan diletakkan di satu kawasan oleh pasukan penyelamat.

Melibatkan Dua kereta api penumpang dan sebuah kereta api membawa barang terlibat dalam perlanggaran yang dahsyat itu.

Kemalangan itu menyaksikan sebuah kereta api merempuh kereta api yang lain dengan kuat sehingga gerabak tersebut melambung ke udara, berpusing dan kemudian melanggar landasan.

Sebuah lagi gerabak tercampak dan bertindih ke atas bumbung sebuah lagi gerabak dan menghancurkan bahagian penumpang dalam kereta api tersebut.

Sekurang-kurangnya 288 orang terbunuh dan lebih 850 cedera dalam nahas pada malam Jumaat di negeri timur Odisha, kata pegawai yang bertugas.

Semalam, berita yang disiarkan di stesen televisyen tempatan menunjukkan barisan panjang mayat disusun dan ditutupi cadar putih.

Pasukan penyelamat menggunakan alat pemotong logam bagi memotong dan membuka bahagian tepi gerabak dalam operasi menyelamat bagi menarik keluar mangsa terperangkap dan mayat.

Pasukan penyelamat termasuk pegawai daripada Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan India terlibat dalam operasi tersebut.

Sudhanshu Sarangi, ketua pengarah Perkhidmatan Bomba Odisha, bercakap kepada AFP dan memberi amaran berkenaan tragedi itu sebagai "kemalangan serius".

Kebanyakan mangsa yang diselamatkan terus dibawa ke hospital.

Bagaimanapun, perkhidmatan bas turut digunakan untuk membawa mangsa yang cedera ke pusat perubatan.

Penumpang yang cedera berlumuran darah menunggu bantuan dan para sukarelawan turut membantu mangsa yang kritikal.- AFP

(Pasukan penyelamat mengeluarkan mayat mangsa akibat nahas kereta api/AFP

Media Baharu