fb fb fb fb fb

Kematian burung laut bukan disebabkan selesema burung

CHILE, 3 Jun- Kematian beribu-ribu burung laut baru-baru ini di sepanjang pantai utara Chile bukan disebabkan oleh selesema burung, kata pihak berkuasa pada hari Jumaat.

Kira-kira 3,500 kormoran Guanay pernah dikenali sebagai "burung berbilion dolar" kerana kaitannya dengan industri baja Eropah.

Menurut Perkhidmatan Pertanian dan Ternakan (SAG) Chile, burung itu ditemui mati sejak 26 Mei berhampiran pelabuhan pantai Coquimbo.

Pekerja pembersihan mengumpul ratusan kormoran yang mati, di sepanjang pantai, hadapan restoran dan hotel.

Ujian awal ke atas burung yang mati tidak menunjukkan kehadiran selesema burung, kata Jorge Mautz, pengarah wilayah perkhidmatan itu, memberitahu AFP.

Penduduk Coquimbo menyuarakan rasa bimbang dengan kematian burung laut itu.

"Kejadian itu tidak pernah dilihat sebelum ini. Kematian burung ini sangat membimbangkan," kata Edison Alfaro, seorang nelayan berusia 47 tahun, kepada AFP.

Mautz berkata "sesuatu sedang berlaku di laut" yang menyebabkan kematian burung di perairan Pasifik.

Kormoran Guanay merupakan spesies yang paling banyak di pulau-pulau luar pantai Peru.

Pulau itu menjadi habitat burung itu bersarang, pada abad ke-19 dan menjana pendapatan bagi pedagang Eropah yang menjual guano (tahi burung atau kelawar yang dikeringkan) untuk digunakan sebagai baja.

(Pekerja Perkhidmatan Pertanian dan Ternakan (SAG) mengutip bangkai Kormoran Guanay/AFP)

Selama beberapa dekad, berjuta-juta tan guano telah dihantar ke Eropah.

Guano menjadi sumber utama pendapatan Peru pada separuh kedua abad ke-19.

Kini kormoran Guanay dianggap sebagai spesies terancam.

Sejak akhir 2021, wabak selesema burung global paling teruk dalam rekod menyaksikan puluhan juta spesies unggas mati secara besar-besaran.

Selesema burung melanda pantai Chile sejak Disember 2022, membunuh beribu-ribu penguin, burung pelikan dan singa laut.

Chile menganggarkan bahawa sekitar 10% daripada 10,000 penguin Humboldt masih ada manakala 9,000 singa laut mati.

Jumlah itu dua kali ganda jumlah kes yang direkodkan dalam tempoh 14 tahun yang lalu.

Pada 29 Mac, kes pertama jangkitan kepada manusia di negara itu disahkan, iaitu pesakit berusia 53 tahun yang masih dirawat di hospital.

Di Kemboja, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun jatuh sakit pada pertengahan Februari akibat demam, batuk dan sakit tekak, dan meninggal dunia akibat virus selesema burung H5N1, menurut kementerian kesihatan di sana.-AFP

Media Baharu