TOKYO, 6 Mac- Sekurang-kurangnya seorang maut manakala dua lagi cedera dalam letupan di sebuah kilang alat ganti kenderaan di Jepun, hari ini.
Menurut laporan media, Chubu-Nippon Broadcasting dan Nagoya Broadcasting Network, panggilan kecemasan diterima jabatan bomba tempatan memaklumkan sistem pengumpul habuk meletup sehingga menyebabkan bumbung kilang tercabut.
Insiden berlaku di kilang Chuo Spring Co di bandar Toyota, tengah Jepun.
Pasukan bomba kini sedang berusaha memadamkan kebakaran.
Setakat ini, pihak bomba belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian itu. -AFP