SHANGHAI, 18 Jun- Sekurang-kurangnya seorang maut dalam kebakaran di sebuah kilang kimia yang menyebabkan keseluruhan bandar dilitupi kepulan asap tebal.
Sinopec Shanghai Petrochemical Co. terletak di sebuah daerah terpencil, Jinshan. Insiden tersebut berlaku pada 4.00 pagi.
"Kebakaran itu telah berjaya dikawal dan usaha memadam kebakaran sedang dijalankan," lapor Xinhua.
"Kebakaran itu telah menyebabkan seorang maut.
(Insiden kebakaran di kilang Petrokimia Sinopec Shanghai/AFP)
Shanghai sebuah bandar mempunyai paling ramai penduduk kembali meneruskan operasi perniagaan selepas ditutup selama dua bulan bagi membendung penularan jangkitan varian Omicron.
Bagaimanapun, pengumuman penutupan itu ditarik balik pada awal Jun, susulan langkah itu menjejaskan rantaian bekalan dan memberi kesan kepada ekonomi global.
Menurut media tempatan, letupan pada awal pagi itu dapat didengar penduduk setempat dari arah kilang tersebut, sejauh enam kilometer.
Rakaman video menunjukkan debu dan asap tebal tular di media sosial. Dalam satu rakaman video dari udara udara, tiga kebakaran dapat dilihat di bangunan berasingan.
Sementara itu, Jabatan Bomba Shanghai berkata bahawa pihaknya telah menghantar lebih 500 anggota ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada 4.28 pagi.
Kementerian Pengurusan Kecemasan telah menghantar kumpulan pakar ke tempat kejadian, lapor CCTV.-AFP