fb fb fb fb fb

Seorang maut, 11 hilang dalam banjir kilat di Danau Toba

Danau Toba/Foto BERNAMA

JAKARTA, 3 Disember- Seorang maut dan 11 hilang selepas banjir kilat melanda berhampiran Danau Toba di wilayah Sumatera Utara Indonesia, kata agensi bencana negara itu Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB).

 

Sementara itu berpuluh-puluh orang dipindahkan dan usaha menyelamat sedang dilakukan.

BNPB dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, hujan lebat diikuti banjir kilat pada petang Jumaat melanda wilayah yang terletak di tepi tasik itu selain merosakkan berpuluh-puluh rumah, sebuah gereja, sebuah sekolah dan sebuah hotel.

Danau Toba merupakan tasik gunung berapi terbesar di dunia dan menjadi destinasi pelancongan popular untuk warga Indonesia dan pelancong antarabangsa.

Banjir kilat menyebabkan batu besar, pokok dan lumpur menuruni lereng bukit. Beberapa rumah turut tertimbus.

Kira-kira 350 menjalankan usaha mencari dan menyelamat, manakala kira-kira 200 penduduk telah dipindahkan.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI