fb fb fb fb fb

Presiden Belarus Lukashenko ke China kali kedua

Alexander Lukashenko/REUTERS

MELBOURNE, 3 Disember- Presiden Belarus Alexander Lukashenko ke Beijing pada Ahad untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin China Xi Jinping, lapor media negara Belarus.

Ia merupakan lawatan kedua beliau ke China tahun ini.

Menurut media China Lukashenko disambut dengan tabik hormat dan penghormatan tentera semasa lawatan rasminya pada 28 Februari-2 Mac lalu, kali ini dalam rangka lawatan kerja, lapor agensi berita negeri BelTA.

"Rundingan antara Presiden Belarus dan Presiden Republik Rakyat China Xi Jinping akan diadakan di Beijing," kata BelTA, memetik perkhidmatan akhbar Lukashenko.

"Agenda itu termasuk isu perdagangan, ekonomi, pelaburan dan kerjasama antarabangsa."

Selepas perbincangan pertama mereka tahun ini, Xi berkata China-Belarus ibarat "persahabatan tidak boleh dipisahkan, dan kedua-dua pihak sentiasa meningkatkan kepercayaan politik bersama-sama dan kekal sebagai rakan kongsi yang baik antara satu sama lain."

Presiden Belarus Lukashenko sejak 1994 dijauhi oleh Barat, kerana menyokong pencerobohan Rusia di Ukraine pada Februari 2022 dengan membenarkan Moscow menggunakan wilayahnya untuk melancarkan perang.

Bagaimanapun China mengekalkan hubungan rapat dengan Rusia dan tidak pernah mengutuk pencerobohannya ke atas Ukraine, namun Beijing agak lantang pada awal tahun ini dan menyeru perdamaian antara Rusia dan Ukraine.

Selepas pertemuan 1 Mac kedua-dua pemimpin itu Lukashenko dan Xi menggesa perjanjian damai "secepat mungkin" untuk Ukraine. Tetapi perang itu, kini memasuki bulan ke-22 seakan tiada penghujungnya. Kedua-dua pihak tidak bersedia untuk berkompromi melakukan berunding.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI