fb fb fb fb fb

Filipina pantau kehadiran 'haram' lebih 135 bot China

Sebuah bot bekalan Filipina mengawasi kapal Pengawal Pantai China di Laut China Selatan/REUTERS

MANILA, 3 Disember- Pengawal Pantai Filipina (PCG) sedang memantau 'kehadiran haram' lebih 135 kapal maritim China di terumbu di Laut China Selatan pada Ahad.

Bagaimanapun ketuanya telah mengarahkan rondaan di sekitar Whitsun Reef, yang terletak dalam zon ekonomi eksklusif (EEZ) Filipina.

"PCG mengekalkan komitmen sepenuhnya untuk menjaga keselamatan maritim, keselamatan dan persekitaran marin dalam usaha melindungi integriti wilayah, kedaulatan, hak kedaulatan dan bidang kuasa Filipina di Laut Filipina Barat," katanya dalam satu kenyataan.

Susulan kejadian itu tiada komen segera daripada Kedutaan China di Manila.

Tribunal antarabangsa membatalkan dakwaan China terhadap 90% Laut China Selatan pada 2016, namun Beijing tidak mengiktiraf keputusan itu. China telah membina pulau-pulau di perairan yang dipertikaikan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI