fb fb fb fb fb

Seorang lagi rakyat Palestin mati ditembak tentera Israel di Jenin

(Orang ramai menghadiri pengebumian warga Palestin Mahdi Ladado yang
terbunuh oleh tentera Israel semasa pertempuran di Ramallah/REUTERS

JERUSALEM, 8 Oktober- Seorang rakyat Palestin mati ditembak oleh tentera Israel di bandar Jenin di Tebing Barat yang diduduki, kata kementerian kesihatan Palestin.

Kementerian luar Palestin menyifatkan kejadian itu sebagai "eksekusi".

Keganasan berlaku sehari selepas dua rakyat Palestin, termasuk seorang budak lelaki berusia 14 tahun, ditembak mati oleh tentera Israel, menurut kementerian kesihatan.

Kanak-kanak itu dibunuh di Qalqilya, di utara Tebing Barat, manakala warga Palestin kedua dibunuh berhampiran bandar Ramallah.

Tentera Israel kerap melancarkan serbuan yang sering membawa maut di Jenin dan bahagian lain Tebing Barat dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Berpuluh-puluh rakyat Palestin telah terbunuh, termasuk pejuang dan orang awam.

Wartawan Palestin-Amerika Shireen Abu Akleh ditembak mati pada Mei ketika membuat liputan serbuan tentera Israel di Jenin. -AFP

(Seorang pemuda Palestin melontar batu ke arah kenderaan tentera Israel di perkampungan
Deir al-Hatab Tebing Barat di timur Nablus/AFP)

Media Baharu