fb fb fb fb fb

Seorang lagi datuk bandar di selatan Mexico dibunuh

Datuk Bandar Mexico selatan kedua terbunuh dalam tempoh kurang seminggu selepas beliau melawat komuniti orang asli/

MEXICO, 23 Jun - Seorang lagi datuk bandar di selatan Mexico dibunuh selepas pembunuhan datuk bandar Salvador Villalba Fores pada beberapa hari lalu.

Kematian itu melibatkan datuk bandar yang kedua dalam tempoh kurang seminggu kata pihak berkuasa tempatan.

Mangsa, Acacio Flores mewakili bandar Malinaltepec dibunuh beberapa hari selepas kematian datuk bandar dari Guerrero iaitu Salvador Villalba Flores yang dipilih dalam pilihan raya pada 2 Jun lalu.

Mayat Flores ditemui dengan kesan luka akibat peluru di bahagian belakang kepalanya.

Dia ditemui mati di sebuah van di Malinaltepec, kata aktivis hak asasi manusia kepada AFP.

Aktivis hak asasi itu terlibat dalam rundingan untuk membebaskan ahli politik itu selepas Flores ditahan pada Khamis lalu di sebuah perkampungan orang asli.

Pendakwa raya Guerrero berkata siasatan ke atas pembunuhan Folres telah dibuka.

Motif pembunuhan kemungkinan mempunyai konflik pertikaian pemilikan tanah.

Menurut sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Data Civica merekodkan kira-kira 30 calon politik terbunuh sejak kempen Mexico pada September lalu.

Guerrero, salah sebuah negeri yang paling terjejas dengan keganasan kartel dadah.

Memandangkan lokasinya terletak di sepanjang pantai Pasifik Mexico yang mencatatkan 1,890 pembunuhan pada 2023. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN