fb fb fb fb fb

Bulan sabit merah Arab Saudi bantu jemaah haji Iraq pulang ke tanah air

Jemaah haji Iraq yang pulang melalui lintasan sempadan Jadidat Arar/Foto SPA

ARAB SAUDI, 23 Jun - Pihak Berkuasa Bulan Sabit Merah Arab Saudi di wilayah sempadan utara telah menyediakan perkhidmatan perubatan, kecemasan dan sukarelawan kepada lebih 20,000 jemaah haji Iraq yang pulang melalui lintasan sempadan Jadidat Arar.

Lima puluh sukarelawan bekerja sepanjang masa untuk menyediakan perkhidmatan itu, termasuk memeriksa tanda vital, mengangkut warga emas dan mereka yang uzur serta menawarkan rawatan perubatan dan kecemasan yang komprehensif, lapor Agensi Berita Arab Saudi.

Pasukan lapangan bersama ambulans udara dan darat mempunyai teknologi terkini untuk memberikan penjagaan terbaik kepada para jemaah. - BERNAMA-SPA

GRACE AISYAH KEDAYAN