fb fb fb fb fb

42 terbunuh dalam serangan baharu rejim zionis Israel

Kelihatan penduduk Palestin mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan dan kediaman dibom tentera Israel/Foto REUTERS

KAHERAH, 22 JUN – Sekurang-kurangnya 42 orang terbunuh dalam serangan terbaharu Israel ke atas Bandar Gaza di utara wilayah Palestin semalam.

Rejim zionis Israel telah menyerang ke atas rumah di Al-Shati, yang merupakan sebuah daripada lapan kem pelarian bersejarah di Semenanjung Gaza.

Dalam serangan itu, 24 orang terbunuh kata Ismail Al-Thawabta.

Manakala, 18 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan di kem pelarian di kejiranan Al-Tuffah.

Tentera Israel berkata mereka telah menyerang dua tapak infrastruktur ketenteraan Hamas.

Rakaman yang diperolehi Reuters menunjukkan puluhan rakyat Palestin bergegas keluar mencari mangsa yang tertimbus di kawasan rumah yang musnah dibedil tentera Israel.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu seramai 101 rakyat Palestin terbunuh.

Serangan tanpa henti tentera zionis Israel sejak 7 Oktober tahun lalu telah membunuh lebih daripada 37,400 rakyat Palestin.

Kerakusan tanpa belas kasihan tentera Israel menyebabkan hampir seluruh penduduk kehilangan tempat tinggal.

Pada Sabtu, tentera Israel telah mengebom beberapa kawasan dari udara dan darat.

Serangan itu memaksa kebanyakan keluarga meninggalkan tempat tinggal mereka di Rafah.

Rafah, wilayah paling selatan Gaza yang sebelum ini pernah dikatakan dan sepatutnya menjadi zon selamat untuk 1.7 juta orang berlindung.

Selepas lebih 8 bulan konflik antara Israel dan Gaza, Israel kini tertumpu kepada dua kawasan terakhir tenteranya iaitu Rafah di pinggir selatan Gaza dan kawasan sekitar Deir al-Balah. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN