fb fb fb fb fb

Polis Jordan menemui bahan letupan dalam pangsapuri

Gambar fail tentera Jordan/Foto Reuters

AMMAN, 23 Jun - Polis Jordan menemui bahan leetupan yang disimpan di kawasan kediaman yang padat dengan penduduk di ibu negara berhampiran dengan lapangan terbang tentera yang digunakan pesawat tentera Amerika Syarikat (AS).

Kemudian bahan letupan di kediaman kawasan Marka di timur laut ibu negara diletupkan selepas penghuninya diarah keluar dari kawasan itu.

Bagaimanapun direktorat keselamatan awam tidak menyatakan sama ada polis mengesyaki simpanan letupan itu berkaitan dengan keganasan.

Pihaknya tidak memperincikan mengenai tangkapan yang dibuat serta kuantiti bahan letupan yang ditemui.

Katanya, perincian lanjut mengenai penemuan itu akan didedahkan selepas siasatan selesai.

Sementara itu, seorang saksi berkata, pangsapuri itu terletak hampir satu kilometer dari lapangan terbang tentera Marka yang digunakan oleh pesawat AS.

Menurut bekas pegawai dan pakar keselamatan, bahan letupan itu ditemui selepas pihak berkuasa pertahanan awam mendapati letupan di flat itu pada awalnya dipercayai berpunca daripada kebocoran gas.

Jordan mempunyai lebih 3,500 tentera AS yang ditempatkan di beberapa pangkalan dan sejak konflik tercetus antara Israel dan pejuang Palestin di Gaza meletus pada Oktober lalu.

Ia semakin kerap menjadi sasaran kumpulan disokong Iran yang berpangkalan di negara jiran Syria dan Iraq.

Sepanjang tahun lalu, Jordan berkata pihaknya berjaya menggagalkan banyak percubaan untuk menyeludup senjata oleh pihak yang dikaitkan dengan militia pro-Iran di Syria, bagaimanapun Iran menafikannya.

Kebanyakan senjata itu diseludup ke Tebing Barat yang diduduki Israel - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN