fb fb fb fb fb

Sempadan perdagangan Muse-Ruili dibuka semula

FOTO AFP

YANGON, 15 Januari- Sebuah lintasan perdagangan sempadan Myanmar-China kini kembali dibuka selepas ditutup akibat situasi pandemik COVID-19 melanda dunia.

Pusat pemeriksaan Muse-Ruili terkenal sebagai negara Asia Tenggara yang paling sibuk pada April 2020.

Pintu sempadan bandar Muse dibuka pada Sabtu pukul 7.00 pagi waktu tempatan.

Menurut Naib Pengerusi Muse Rice Commodity Exchange, U Min Thein, enam trak melakukan perjalanan silih berganti di persimpangan Mang Wein.

"China hanya membenarkan kami mengeksport makanan dan minuman pada masa ini," kata U Min Thein kepada AFP Ahad.

Tambahnya, negara tembok besar itu tidak membenarkan penghantaran makanan utama ekonomi termasuk beras, beras pecah, kacang dan tembikai.

Manakala China pula mengeksport peralatan pembinaan dan perindustrian, peralatan elektrik, peranti perubatan, barangan pengguna dan isi rumah serta produk makanan.

Pembukaan semula pusat pemeriksaan Muse dilihat bakal membantu pemulihan ekonomi kedua-dua negara meski pernah disekat bagi mengelakkan penyebaran COVID-19.

China baru-baru ini mengisytiharkan penamatan dasar sifar-COVID-19 dan kini berdepan situasi peningkatan kes jangkitan wabak berbahaya itu.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu