fb fb fb fb fb

40 terbunuh dalam nahas pesawat terhempas di Nepal

FOTO REUTERS

POKHARA, 15 Januari- Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam satu nahas pesawat terhempas di Pokhara, Nepal.

Tragedi tersebut melibatkan pesawat milik syarikat penerbangan domestik, Yeti Airlines.

PihakĀ berkuasa bergegas melakukan operasi carilamat (SAR) mangsa di tengah-tengah serpihan pesawat yang masih terbakar.

Menurut jurucakap syarikat penerbangan, Sudarshan Bartaula, pesawat jenis ATR 72 itu dilaporkan membawa 72 orang penumpang termasuk dua bayi, empat anak kapal dan 10 warga asing.

Pegawai keselamatan menjangkakan lebih banyak mayat akan ditemui susulan cuaca cerah membantu pasukan pencari dan penyelamat.

Kemalangan udara bukan satu perkara luar biasa yang terjadi di Nepal, menempatkan lapan daripada 14 gunung tertinggi di dunia termasuk Everest kerana cuaca boleh berubah secara tiba-tiba dan menyebabkan keadaan berbahaya.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu