fb fb fb fb fb

Paris adakan referendum mengenai perkhidmatan penyewaan skuter elektrik

FOTO AFP

PARIS, 15 Januari- Penduduk di bandar Paris akan dijemput untuk mengundi dalam satu referendum berhubung perkhidmatan penyewaan skuter elektrik dibenarkan terus beroperasi di bandar itu.

Ia memandangkan pihak pengurusan bandar dalam pertimbangan untuk mengharamkan kenderaan sewa itu.

Menurut Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo, keputusan itu adalah disebabkan penunggang sering mengingkari larangan menunggang di atas kaki lima atau meletak kenderaan di tempat tidak sepatutnya selain pernah membuang jentera elektrik itu ke Sungai Seine.

Masyarakat di bandar pula memuji syarikat pengendali oleh Lime, Dott dan Tier menyediakan 15,000 skuter sebagai alternatif dalam usaha menjaga pencemaran bunyi dan udara selain memudahkan urusan di bandar sibuk itu.

Usaha itu juga dilihat dapat mengurangkan risiko pelepasan karbon dan kesesakan lalu lintas.

Datuk Bandar berkata beliau cenderung terhadap pelaksanaan larangan namun akan menghormati undi warga Paris.

Pada September, ketiga-tiga pengendali perkhidmatan skuter elektrik itu tidak diperbaharui lesen mereka yang akan tamat pada Mac, jika mereka gagal menghadkan tunggangan melulu dan penyalahgunaan lain.

Bagaimanapun, pihak pengendali pada November telah mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan termasuk melengkapkan skuter dengan nombor plat yang akan memudahkan pengesanan jika ada penunggang yang melakukan kesalahan lalu lintas.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu