fb fb fb fb fb

Sembilan maut dalam serangan di sebuah bar di Afrika Selatan

Foto REUTERS

JOHANNESBURG, 21 Disember- Sembilan orang maut dan 10 lagi cedera apabila sekumpulan lelaki tidak dikenali menyerang sebuah bar di Bekkersdal, kawasan perlombongan emas sekitar 40 kilometer barat daya Johannesburg, awal Ahad.

Menurut kenyataan polis, penyerang menaiki dua kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah pelanggan serta menembak secara rawak ketika melarikan diri.

Pesuruhjaya Polis Wilayah, Mejar Jeneral Fred Kekana berkata, antara yang maut ialah seorang pemandu perkhidmatan kereta dalam talian dan siasatan lanjut telah dilaksanakan.

Kejadian tersebut merupakan insiden tembakan kedua seumpamanya di Afrika Selatan bulan ini, menunjukkan masalah jenayah yang berleluasa di negara paling maju dari segi perindustrian di benua itu.

Kejadian tembakan kerap berlaku berakar dari keganasan kumpulan serta persaingan perniagaan tidak formal, menjadikan Afrika Selatan antara negara dengan kadar pembunuhan tertinggi di dunia.

Menurut data polis, purata 63 orang maut setiap hari antara April hingga September, kebanyakannya akibat pertengkaran, rompakan dan keganasan kumpulan. -AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM