fb fb fb fb fb

Sembilan maut, gempa bumi di Afghanistan

Foto hiasan

KABUL, 1 September – Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan 25 lagi cedera di wilayah timur Nangarhar, menurut jurucakap Jabatan Kesihatan wilayah, Ajmal Darwaish.

Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ) memaklumkan gempa bumi bermagnitud 6.0 menggegarkan kawasan tenggara Afghanistan pada Ahad.

Menurut GFZ, gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

Kejadian terbaharu itu menambah lagi kepada beberapa bencana alam yang kerap melanda Afghanistan, sebuah negara yang terletak di kawasan aktif secara seismik, terutamanya berhampiran banjaran Hindu Kush.– REUTERS

ROSLINA BINTI DIN