fb fb fb fb fb

Gempa bumi bermagnitud 6.0 gegar kawasan Hindu Kush, Afghanistan

Foto hiasan

KABUL, 1 September – Gempa bumi bermagnitud 6.0 menggegarkan kawasan pergunungan Hindu Kush di Afghanistan, berhampiran sempadan Pakistan lewat malam Ahad, menurut pakar seismologi Amerika Syarikat.

Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan pusat gempa terletak kira-kira 42 kilometer ke timur laut Jalalabad, pada kedalaman 10 kilometer.

Gempa tersebut berlaku pada pukul 11:47 malam waktu tempatan (1917 GMT), menurut kenyataan USGS.

Afghanistan sering dilanda gempa bumi, terutamanya di kawasan pergunungan Hindu Kush yang terletak di persimpangan antara plat tektonik Eurasia dan India.- AFP

ROSLINA BINTI DIN