(Keadaan bot nelayan yang terbalik / TWITTER)
SEOUL, 5 Februari- Sembilan anak kapal hilang selepas bot nelayan terbalik di perairan pangtai barat daya Korea Selatan.
Kapal seberat 24 tan itu terbalik di perairan luar pantai daerah Sinan pada lewat malam Sabtu, menurut Kementerian Dalam Negeri Korea Selatan.
Tiga anak kapal diselamatkan oleh bot berdekatan, tetapi sembilan yang lain termasuk dua warga asing masih hilang, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Berbelas-belas kapal dan tiga pesawat dari pengawal pantai dan tentera laut telah dikerahkan untuk mencari mangsa yang hilang.
Kebanyakan anak kapal dipercayai meninggalkan bot yang terbalik itu, lapor agensi berita Yonhap, memetik Menteri Dalam Negeri Lee Sang-min.
Presiden Yoon Suk-yeol menggesa usaha maksimum untuk operasi menyelamat, dengan mengarahkan "semua sumber yang ada" untuk meluaskan kawasan pencarian, kata pejabatnya. -AFP
(Para penyelamat membawa mangsa terselamat sebaik tiba di pelabuhan / TWITTER)