(Foto arkib menunjukkan kemalangan membabitkan 200 kenderaan di China, bulan lalu / AFP)
BEIJING, 5 Februari- Kemalangan besar membabitkan hampir 50 kenderaan di tengah China mengorbankan 16 orang dan mencederakan berpuluh-puluh lagi, kata pihak berkuasa Ahad.
Rakaman video amatur menunjukkan trak terbakar dan kereta remuk.
Hampir 50 kenderaan terlibat dalam beberapa perlanggaran di sepanjang lebuh raya di wilayah Hunan dalam tempoh 10 minit pada petang Sabtu.
Rakaman yang diterbitkan semula dalam talian oleh People's Daily milik kerajaan menunjukkan beberapa trak terbakar yang tertera logo syarikat penghantaran, kereta remuk dan terbalik, serta kepulan asap gelap akibat kemalangan itu.
Polis trafik berkata 16 orang terbunuh dalam kemalangan tersebut, termasuk tujuh dalam satu perlanggaran, manakala 66 yang lain cedera.
Mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran.
People's Daily berkata, kemalangan itu berlaku di ibu kota wilayah Changsha, dan lebih 180 pekerja penyelamat telah dihantar ke tempat kejadian pada hari Sabtu.
Kementerian pengurusan kecemasan China pada Ahad berkata ia telah menggesa siasatan terhadap punca kemalangan itu.-AFP
(FOTO HIASAN)