fb fb fb fb fb

Sembilan cedera letupan loji Pertamina

(FOTO REUTERS)

JAKARTA, 2 April - Sembilan mangsa dilaporkan cedera akibat letupan loji penapisan milik unit PT Pertamina di barat Indonesia, semalam.

PT Kilang Pertamina Internasional (KPI) dalam satu kenyataan memaklumkan letupan dalam pemampat gas itu menyebabkan kecederaan 'ringan' daripada kesan serpihan kaca, selain merosakkan beberapa rumah di Dumai, Sumatera.

(FOTO REUTERS)

Jurucakap KPI berkata punca kejadian sedang disiasat dan KPI memohon maaf atas insiden semalam, selain menjelaskan 'proses pemulihan' sedang dilakukan selepas api berjaya dipadamkan.

Katanya, operasi beberapa unit terjejas telah dihentikan susulan kejadian itu namun yang selebihnya terus beroperasi seperti biasa.

Setakat ini, KPI tidak mengulas kesan terhadap pengeluaran atau bekalan namun KPI memaklumkan stok bahan api nasional 'selamat'.

Pada 3 Mac lalu, lebih 20 maut dalam kebakaran di terminal minyak Plumpang bawah Pertamina di Jakarta, antara yang tertua dan terbesar di negara ini.

Pada 26 Mac lalu, tiga maut dalam kebakaran kapal tangki yang membawa minyak Pertamina ke Bali dan Lombok.-REUTERS

Media Baharu