fb fb fb fb fb

Dua wanita diserang kerana tidak berhijab, ditahan

(FOTO NBCNEWS.COM)

TEHRAN, 2 April - Dua wanita Iran ditahan kerana tidak menutup rambut di khalayak ramai selepas tular video menunjukkan mereka diserang oleh seorang lelaki kerana tidak memakai tudung.

Rakaman video yang dikongsi secara meluas di media sosial Iran itu menunjukkan dua pelanggan wanita yang tidak memakai tudung di sebuah kedai telah diserang oleh seorang lelaki selepas berlaku pertengkaran mulut.

Rakaman menunjukkan lelaki itu menuang bekas yang kelihatan seperti yogurt ke atas kepala dua wanita itu sebelum lelaki itu bertengkar dengan pemilik kedai.

(FOTO NBCNEWS.COM)

Pihak berkuasa Iran mengeluarkan waran tangkap terhadap lelaki itu atas dakwaan melakukan perbuatan menghina dan mengganggu ketenteraman, lapor laman web badan kehakiman Mizan Online.

Badan kehakiman itu turut memaklumkan waran tangkap juga dikeluarkan untuk kedua-dua wanita itu kerana "melakukan perbuatan yang dilarang" dengan menanggalkan tudung mereka.

"Notis yang diperlukan telah dikeluarkan kepada pemilik kedai di mana perkara ini berlaku bagi mematuhi undang-undang dan prinsip Syariah mengikut peraturan," tambah badan kehakiman itu.

Pada Sabtu, Presiden Iran Ebrahim Raisi mengulangi seruan yang menegaskan bahawa wanita Iran harus memakai tudung sebagai "keperluan agama".

“Hijab adalah perkara yang sah dan wajib mematuhinya,” katanya.

Pada akhir Mac, ketua badan kehakiman Gholamhossein Mohseni Ejei berkata "menanggalkan hijab sama dengan permusuhan terhadap nilai dan orang yang melakukan keabnormalan itu akan dihukum".-AFP

Media Baharu