fb fb fb fb fb

Ribut geomagnetik cetus fenomena Aurora di Finland

(FOTO AFP)

ROVANIEMI, 2 April- Ribut geomagnetik kuat berikutan ketidakstabilan dalam atmosfera suria telah melanda bumi hingga mencetuskan fenomena luar biasa di langit sini di utara Finland pada akhir bulan lalu.

Keadaan itu telah membawa kepada letupan warna yang terang dan berwarna-warni, dikenali sebagai fenomena Aurora.

Aurora terhasil menerusi plasma suria atau suar iaitu salah satu bentuk piroteknik yang berinteraksi dengan gas di atmosfera hingga menghasilkan cahaya sangat terang atau bersuhu tinggi.

Warna aurora yang bervariasi dan penuh kepelbagaian bergantung kepada ketinggian serta jenis atom yang terlibat.

Cahaya aurora merah adalah situasi yang jarang berlaku kerana warna aurora yang kebiasaannya adalah hijau dan kuning. -AFP

(FOTO AFP)

Media Baharu