fb fb fb fb fb

Penduduk Paris tentukan keputusan penggunaan skuter elektrik hari ini

(FOTO AFP)

PARIS, 2 April - Warga Paris dijangka membuat keputusan hari ini sama ada untuk menghapuskan skuter elektrik sewa, yang merintis penggunaan jenis pengangkutan baharu di bandar berkenaan.

Ia menjadi mod pengangkutan popular dalam kalangan orang muda untuk melakukan perjalanan jarak dekat.

Setelah dilancarkan pada 2018, pihak berkuasa memperketatkan peraturan secara beransur-ansur , dengan mewujudkan zon khas untuk meletak skuter, menghadkan kelajuan dan mengawal jumlah pengendali.

Namun, kehadiran skuter elektrik mencetuskan kontroversi, dengan pejalan kaki mengadu tentang pengguna yang mengendalikan skuter itu sembarangan.

"Skuter sudah menjadi musuh terbesar saya. Saya takut untuk menggunakan mereka," kata Suzon Lambert, seorang guru dan penduduk Paris yang berusia 50 tahun.

"Paris sudah menjadi seolah-olah dalam keadaan huru-hara. Tiada ruang lagi untuk pejalan kaki."

Beberapa kemalangan maut yang berlaku menguatkan lagi bahaya kenderaan itu, yang kini boleh disewa oleh kanak-kanak sekecil 12 tahun.

Kira-kira 100,000 perjalanan dilakukan setiap hari di Perancis menggunakan skuter elektrik yang disewa di sekitar 200 bandar. - AFP

(Seorang wanita sedang menunggang motor skuter di hadapan bangunan Eifel Tower/FOTO AFP)

Media Baharu