fb fb fb fb fb

Pemberontakan Gwangju: Cucu diktator Korea Selatan mohon maaf

(Chun Woo-won melutut dan mengelap batu nisan salah seorang mangsa pembunuhan beramai-ramai
pada 1980 dengan kotnya sebagai simbolik permohonan maaf/AFP)

SEOUL, 2 April- Cucu kepada bekas diktator Korea Selatan, Chun Doo-hwan pada Jumaat mengeluarkan permohonan maaf atas pembunuhan beramai-ramai pada tahun 1980.

Chun Woo-won, 27, menjadi ahli keluarganya yang pertama menziarahi tanah perkuburan Gwangju dan memohon maaf atas tindakan keras yang dikenakan terhadap pemberontakan demokrasi ketika itu, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 200 orang menurut laporan rasmi.

"Saya minta maaf dengan ikhlas. Saya minta maaf.

“Sebagai ahli keluarga, saya mengakui bahawa datuk saya Chun Doo-hwan adalah seorang pendosa dan pembunuh yang melakukan jenayah yang begitu besar,” katanya di Gwangju dengan kelihatan beremosi.

Datuknya berjaya menakluk pentadbiran Korea Selatan menerusi rampasan kuasa pada 1979 dan menggunakan kekerasan dalam memadamkan protes di Gwangju.

Ketika dia disabitkan bersalah atas kejadian itu pada tahun 1996, hukumannya telah diringankan dengan pengampunan presiden, malahan dia juga tidak pernah mengaku bersalah atau mengeluarkan sebarang permohonan maaf sehingga akhir hayatnya.

Rejim tentera Chun Doo-hwan mendakwa protes tersebut adalah pemberontakan yang diketuai oleh penyokong pemimpin pembangkang ketika itu, iaitu Kim Dae-jung yang dikatakan mendapat sokongan dari Korea Utara. -AFP

(Chun Woo-won bersemuka dengan ahli keluarga mangsa di bandar Gwangju
bagi menyatakan kekesalan atas tindakan datuknya/AFP)

 

Media Baharu