fb fb fb fb fb

Chile kesan kes pertama selesema burung pada manusia

SANTIAGO, 2 April- Chile mengesan kes pertama penularan kes selesema burung pada manusia, Rabu lalu.

Kementerian kesihatan negara itu menerusi kenyataan memaklumkan, kes berkenaan dikesan pada seorang lelaki berusia 53 tahun yang menunjukkan simptom influenza yang teruk.

Bagaimanapun, pesakit tersebut berada dalam keadaan stabil.

"Kerajaan juga sedang menyiasat punca penularan serta individu lain yang berhubung dengan pesakit tersebut," menurut kenyataan itu.

(Tangkap layar video daripada dron menunjukkan jengkaut menanam bangkai
ayam dan itik yang dijangkiti selesema burung / Foto REUTERS) 

Chile telah melaporkan kes selesema burung H5N1 sejak akhir tahun lalu yang dikesan pada haiwan liar.

Kes terbaharu di melibatkan industri perladangan menyebabkan kerajaan menghentikan eksport ayam dan itik.

Pihak berkuasa kesihatan Chile menyatakan bahawa virus tersebut boleh disebarkan daripada burung atau mamalia laut kepada manusia, tetapi tiada penularan manusia ke manusia yang dikenal pasti.

Media Baharu