fb fb fb fb fb

Berpuluh-puluh singa laut mati akibat selesema burung di Chile

MELIPILLA, 2 April- Berpuluh-puluh singa laut yang mati akibat selesema burung terdampar di pantai Valparaiso pada Jumaat.

Datuk Bandar Arica, Gerardo Espindola mengumumkan penutupan kawasan tumpuan pelancong, Caves de Anzota, kerana bimbang risiko penularan virus tersebut daripada bangkai singa laut.

Sementara itu, di Melipilla, pekerja kilang ayam telah diberi vaksin selesema burung bagi mencegah jangkitan.

(Berpuluh-puluh singa laut terdampar di pantai Valparaiso dipercayai
mati akibat selesema burung / Foto REUTERS)

Kes pertama selesema burung pada manusia dikesan di Chile pada seorang lelaki berusia 53 tahun.

Pesakit tersebut mengalami simptom influenza yang teruk, namun berada dalam keadaan stabil.

Susulan itu, kerajaan Chile sedang menyiasat punca penularan serta individu lain yang berhubung dengan pesakit berkenaan.-REUTERS

Media Baharu