fb fb fb fb fb

Seludup 10 tan gading, tanduk badak sumbu suspek dipenjara 13 tahun

(Gading gajah dan tanduk badak sumbu yang dirampas dimusnahkan oleh pihak berkuasa Vietnam di Hanoi pada 12 November 2016/FOTO REUTERS)

HANOI, 22 Februari - Mahkamah Vietnam menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun kepada seorang lelaki kerana menyeludup hampir 10 tan bahagian haiwan terancam dari Afrika, termasuk gading dan tanduk badak sumbu, kata polis.

Mahkamah di bandar Danang mendapati Nguyen Duc Tai, 33, bersalah kerana mengangkut gading gajah, gading, sisik tenggiling dan tulang singa dari Afrika ke Vietnam pada 2021.

Perdagangan gading adalah haram di Vietnam tetapi penyeludupan hidupan liar masih berleluasa.

Negara ini merupakan tempat transit gading gajah bagi kebanyakan pengguna di China dan Amrika Syarikat serta Vietnam yang merupakan pengguna utama tanduk badak sumbu, dipercayai mempunyai nilai perubatan.

Pada awal bulan ini, sejumlah 600kg gading diseludup dari Afrika telah dirampas di dua pelabuhan di bandar utara Vietnam, Haiphong, satu daripadanya seberat hampir 500kg, ia merupakan rampasan terbesar negara itu dalam tempoh lebih empat tahun.

Timbalan Pengarah atau Kumpulan Perlindungan hidupan liar ENV atau Pusat Pendidikan Alam Semulajadi, Bui Thi Ha berkata, sabitan ke atas Tai adalah kes yang jarang berlaku yang mana pihak berkuasa berjaya mensabitkan seseorang atas liabiliti jenayah dalam penyeludupan hidupan liar.

“Bagaimanapun kami amat kesal kerana tidak dapat mencari dan mendakwa dalang di sebalik penyeludupan hampir 10 tan haiwan liar ini.

"Ini merupakan kejayaan awal pihak pendakwa raya bandar Danang amat luar biasa, wajar dijadikan contoh kepada orang lain," kata Ha melalui e-emel - Reuters

Media Baharu