fb fb fb fb fb

Data merekodkan kadar kesuburan di Korea Selatan merosot lagi

SEOUL, 22 Februari - Kadar kesuburan Korea Selatan turun tahun lalu ke paras terendah, menurut data dikeluarkan pada Rabu.

Ia merupakan satu lagi prestasi suram bagi negara itu dengan jumlah kanak-kanak yang dijangkakan terendah di dunia bagi setiap wanita.

Menurut bacaan tahunan raasmi dari Perangkaan Korea Selatan, purata bilangan bayi dijangkakan bagi setiap wanita Korea Selatan sepanjang hayat kesuburannya turun kepada 0.78 pada 2022 turun berbanding 0.81 tahun sebelumnya.

Itu adalah yang terendah dalam kalangan negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), yang hanya mempunyai kadar purata 1.59 pada 2020, dan jauh di bawah 1.64 di Amerika Syarikat dan 1.33 di Jepun pada tahun yang sama.

Kerajaan negara itu gagal mengekang penurunan kadar kelahiran walaupun membelanjakan berbilion dolar setiap tahun untuk subsidi penjagaan kanak-kanak.

Sehingga 2020, Korea Selatan merupakan satu-satunya negara dalam kalangan ahli OECD yang mempunyai kadar kelahiran di bawah 1, sekali gus memberikannya populasi yang semakin berkurangan.

Berkahwin dilihat sebagai prasyarat untuk mempunyai anak di Korea Selatan, tetapi perkahwinan juga menunjukkan penurunan di negara itu di saat kos perumahan dan pendidikan juga tinggi.

Seoul mencatatkan kadar kelahiran terendah iaitu 0.59. - Reuters

Media Baharu