fb fb fb fb fb

Ribuan penduduk di Selatan Thailand terjejas banjir

FOTO AFP

BANGKOK, 26 Disember- Puluhan ribu penduduk di selatan Thailand melibatkan wilayah Yala dan Narathiwat terjejas banjir ekoran dilanda hujan lebat.

Situasi tersebut menyebabkan kira-kira 12 buah sekolah dan beberapa jalan raya terpaksa ditutup, manakala landasan kereta api juga dihentikan operasi.

Kereta Api Negeri Thailand (SRT) memaklumkan, penurunan permukaan tanah menyebabkan kereta api yang menuju ke selatan ke arah sempadan Malaysia terhenti di Yala, sejauh 100 kilometer.

Sementara itu, tular di media sosial rakaman rumah dan kedai ditenggelami air banjir serta penduduk berlindung di atas bumbung.

Hujan lebat turut menyebabkan masalah di laut dengan sekurang-kurangnya tujuh buah bot karam di Teluk Thailand dan Laut Andaman sejak Jumaat.

Dalam pada itu, pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada penduduk di kedua-dua wilayah berkenaan supaya bersedia untuk berpindah sekiranya keadaan banjir semakin teruk. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA