(Pasukan penyelamat di lokasi lima orang maut selepas
banjir lumpur akibat hujan berterusan, di Huizucar, El Salvador / Foto Reuters)
SAN SALVADOR, 23 September- Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan seorang cedera di El Salvador selepas hujan lebat yang menyebabkan kejadian tanah runtuh.
Menurut pihak berkuasa, dua orang dewasa dan tiga kanak-kanak terbunuh apabila kejadian tanah runtuh tersebut menimbus rumah mereka di perbandaran Huizucar.
(Penduduk membantu membawa seorang daripada lima orang yang maut
selepas banjir lumpur akibat hujan berterusan, di Huizucar, El Salvador / Foto Reuters)
Pihak berkuasa juga melaporkan dua orang maut dan seorang kanak-kanak cedera selepas tanah runtuh menimbus sebuah rumah di bandar Panchimalco, 18 kilometer ,11 batu selatan di San Salvador.
"Kejadian tanah runtuh di Huizucar, telah mengorkankan lima nyawa ," kata Pengarah Perlindungan Awam Luis Amaya dalam temu bual dengan radio tempatan.
Unit Perlindungan Awam mengekalkan amaran jingga di 29 Majlis Perbandaran Pantai Negara dan amaran kuning di seluruh wilayah ketika hujan terus melanda negara.- Reuters