(Foto AFP)
PARIS, 2 Oktober- Sekurang-kurangnya 92 orang terkorban susulan tindakan keras pihak berkuasa Iran bagi menangani protes antikerajaan yang tercetus disebabkan kematian seorang wanita Kurdish, Mahsa Amini, menurut NGO Hak Asasi Manusia Iran (IHR) yang berpangkalan di Norway pada Ahad.
Pengarah IHR, Mahmood Amiry-Moghaddam berkata masyarakat antarabangsa mempunyai kewajipan untuk menyiasat jenayah ini dan menghalang jenayah selanjutnya dilakukan oleh Republik Islam.
Sebelum ini, sebanyak 83 orang dilaporkan terbunuh dalam inisiden tersebut.-AFP
(Penunjuk perasaan memegang bendera Iran semasa protesĀ
di Los Angeles, California/AFP)