FEZ, 10 Disember – Sekurang-kurangnya 22 orang maut selepas dua bangunan empat tingkat runtuh pada lewat Selasa di Fez, salah sebuah bandar tertua di Maghribi dan destinasi pelancongan utama.
Video saksi yang diperoleh pada Rabu menunjukkan pasukan mencari dan menyelamat membersihkan runtuhan manakala mayat mangsa dipindahkan ke ambulans.
Menurut pejabat pendakwa raya Fez, salah sebuah bangunan tidak berpenghuni manakala di bangunan kedua berlangsungnya sebuah majlis aqiqah, sambutan umat Islam sempena kelahiran seorang bayi. Bangunan itu dihuni oleh lapan keluarga.
Kejadian tragik itu memberi kesan kepada penduduk tempatan dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca runtuhan. -REUTERS