fb fb fb fb fb

Sekurang-kurangnya 11 maut selepas bot karam di perairan Puerto Rico

MIAMI, 13 Mei- Sekurang-kurangnya 11 orang maut selepas bot mereka yang membawa penumpang yang tidak diketahui jumlahnya, terbalik di luar pantai Puerto Rico, kata Pengawal Pantai Amarika Syarikat pada Khamis.

"Sehingga 6 petang Khamis, unit agensi rakan kongsi yang bertindak balas telah menyelamatkan 31 mangsa yang terselamat, 11 wanita dan 20 lelaki. 11 yang maut telah ditemui," kata Pengawal Pantai dalam satu hantaran Twiter.

Jurucakap Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat memberitahu, kapal karam itu berlaku di 10 batu nautika (18 kilometer) di utara Pulau Desecheo, wilayah Amerika Syarikat yang tidak berpenghuni antara Puerto Rico dan Republik Dominican.

Jurucakap itu berkata kebanyakan mangsa yang terselamat berasal dari Haiti atau Republik Dominican, dan pencarian sedang dijalankan.

Sejurus sebelum tengah hari, sebuah helikopter CBP ternampak bot dan beberapa orang di dalam air yang kelihatan tidak memakai jaket keselamatan.

Beberapa helikopter penyelamat telah dikerahkan dan sebuah kapal Pengawal Pantai telah dilencongkan untuk membantu.

"Pencarian mangsa yang terselamat dijadual diteruskan sepanjang malam," kata Pengawal Pantai Amerika.

Pada bulan Mac, beratus-ratus orang Haiti mendarat dengan bot layar di pantai Florida manakala lebih 100 telah dipintas dari Bahamas oleh Pengawal Pantai AS.- AFP

 


(Helikopter digunakan untuk misi menyelamat / AFP)

Media Baharu