fb fb fb fb fb

Sekolah Sydney, pasar raya dicemari asbestos

Pusat Perniagaan di Sydney/REUTERS

SYDNEY, 19 Februari- Tujuh lagi tapak awam di Sydney, termasuk sekolah, hab sukan dan pasar raya, terdedah kepada asbestos, kata pihak berkuasa pada Isnin. Pencemaran bahan toksik itu semakin meluas dan pegawai bergegas mengeluarkannya dari ruang awam.

Kesan asbestos ditemui di 41 tempat di seluruh bandar paling ramai penduduk di Australia sejak awal Januari.

Sebagai tindak balas, kerajaan negeri New South Wales telah menubuhkan pasukan petugas asbestos untuk memberikan lebih banyak sumber dan sokongan kepada Pihak Berkuasa Perlindungan Alam Sekitar (EPA), dalam satu siasatan terbesar agensi itu.

Pihak berkuasa setakat ini telah mengepung kawasan di taman, beberapa di tempat pelancongan popular, dan menutup dua sekolah.

Tempat tercemar di tapak lain telah dihalang daripada digunakan orang ramai.

EPA dalam kemas kini terbarunya berkata keputusan negatif bagi perkara itu kurang 700 ujian namun keputusan daripada tiga sekolah masih belum diterima.

Bagaimanapun konsert oleh bintang pop terkenal Taylor Swift, yang akan berlangsung hujung minggu ini di barat bandar itu akan diteruskan selepas melakukan ujian di tempat persembahan itu.

Penggunaan asbestos menjadi popular pada akhir abad ke-19 sebagai cara untuk mengukuhkan simen selain bersifat kalis api, namun penyelidikan mendapati penyedutan gentian asbestos boleh menyebabkan keradangan paru-paru dan kanser. Kini penggunaannya diharamkan di kebanyakan negara.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI