fb fb fb fb fb

Sekatan penerbangan bagi penumpang antarabangsa di Veitnam ditamatkan

FOTO AFP

HANOI, 14 Februari- Vietnam akan menamatkan sekatan COVID-19 ke atas penerbangan penumpang antarabangsa dengan kebenaran tanpa had pada bilangan penerbangan, berkuatkuasa esok.

Timbalan Pengarah Pentadbiran Penerbangan Awam Vietnam, Dinh Viet Son berkata, Vietnam sudah memaklumkan kepada rakan negara luar mengenai dasar baharu itu dan hanya China belum bersetuju untuk menyambung semula penerbangan komersial dengan Vietnam.

Menurut Viet Son, kekerapan penerbangan akan dikembalikan ke tahap pra-pandemik.

Selain itu, penumpang antarabangsa yang sudah divaksin juga hanya perlu kuarantin selama tiga hari.

Vietnam sebelum ini mengenakan kawalan sempadan yang ketat pada permulaan wabak bagi membendung penularan COVID-19.

Langkah itu dilihat berjaya dengan jumlah kes yang semakin menurun.

Namun, sektor pelancongannya terjejas teruk dengan hanya kira-kira 10 peratus sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). -AFP

Media Baharu