fb fb fb fb fb

'Barry Manilow' gagal suraikan penunjuk perasaan antivaksin

FOTO AFP

WELLINGTON,14 Februari- Cuaca ribut dan alunan muzik Barry Manilow gagal menyuraikan penunjuk perasaan antivaksin yang berkhemah di luar parlimen.

Taufan Dovi dilaporkan menyebabkan bekalan elektrik terputus, tanah runtuh dan operasi pemindahan penduduk digerakkan di seluruh negara itu.

Namun, ratusan penunjuk perasaan diilhamkan oleh Konvoi Kebebasan para pemandu lori di Kanada, menari dalam lumpur mengikut alunan muzik yang bertujuan menyuraikan penunjuk perasaan.

Malah, tawaran bantuan daripada penyanyi James Blunt sekalipun tidak dapat menamatkan ketegangan, yang memasuki hari keenam.

Ini menunjukkan tiada tanda-tanda demonstrasi itu akan berakhir.

Ketika memberitahu Televisyen New Zealand, Timbalan Perdana Menteri Grant Robertson berkata, terdapat unsur menyedihkan dalam protes tersebut.

Setiap rakyat katanya, mempunyai hak untuk membuat bantahan secara aman, malangnya, mereka telah melampaui batas.

Seperti pemandu trak Kanada di Ottawa, penunjuk perasaan New Zealand membantah sekatan ketat Covid-19 yang dikenakan ke atas negara itu dan menuntut ditamatkan mandat vaksinasi. -AFP

Media Baharu