fb fb fb fb fb

Konvoi bantahan di Perancis bantah sekatan COVID-19

 

FOTO AFP

LILLE, 14 Februari- Kira-kira 300 kenderaan menyertai konvoi bantahan yang menentang sekatan COVID-19.

Konvoi tiba di Lille, utara Perancis menuju ke Brussels.

Terdahulu, 97 orang ditahan di Paris selepas beribu-ribu penunjuk perasaan mengingkari larangan untuk menyekat laluan trafik.

Sehingga awal pagi semalam, 81 masih ditahan.

Konvoi yang lebih kecil itu, berbanding hampir 3,000 yang tiba dari seluruh Perancis, berhenti di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di luar Lille.

"Konvoi kebebasan" membawa trak, kereta dan van tersebut diilhamkan oleh demonstrasi serupa membabitkan pemandu trak di Ottawa, Kanada.

Di Perancis, penunjuk perasaan menyasarkan "pas vaksin" yang dikuatkuasakan untuk memasuki restoran, kafe dan tempat awam menerusi kempen vaksinasi Presiden Emmanuel Macron. -AFP

 

Media Baharu