fb fb fb fb fb

Ratusan wanita Karachi protes larangan berhijab di India

FOTO AFP

KARACHI, 14 Februari- Ratusan wanita mengadakan protes di Karachi, Pakistan yang menentang larangan memakai tudung di beberapa institusi pendidikan di Selatan India terhadap pelajar Islam.

Mereka menyatakan perkara itu menjadi hak kepada wanita Islam untuk memakai tudung dan ia tidak boleh dihalang dalam masyarakat liberal.

Penunjuk perasaan membawa sepanduk bertulisan kecaman terhadap umat Islam sambil melaungkan slogan menentang kerajaan Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Mereka mendakwa, India yang dilabel sebagai negara sekular dan liberal namun mencabuli hak asasi manusia rakyatnya, terutama yang beragama Islam.

Isu itu menjadi tajuk utama bulan lalu apabila sebuah sekolah kerajaan di daerah Udupi, Karnataka melarang pelajar memakai tudung memasuki bilik darjah.

Lebih banyak sekolah di negeri itu menguatkuasakan larangan sama sehingga memaksa Mahkamah Tinggi negeri campur tangan. -AFP

Media Baharu